Jumaat, 25 Disember 2015



Bagi pandangan saya, lirik lagu ini menceritakan tentang seseorang kanak-kanak yang ingin bebas. Dia tidak mahu dipertanggungjawabkan dengan apa-apa tugasan yang berat yang sepatutnya di pikul oleh orang dewasa. Bagi saya, ianya benar kerana seorang kanak-kanak perlu menikmati alam kanak-kanak mereka dengan sebaiknya bukannya di dera oleh orang dewasa atau dipaksa untuk memikul beban yang lebih berat. Memadai jika sekadar menolong, tetapi bukan disuruh untuk bekerja sehingga mengabaikan hal-hal yang lain yang lebih penting.

Begitu juga nasib kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam peperangan atau akibat keganasan politik. Mereka berhak menikmati keindahan zaman kanak-kanak sepertimana kanak-kanak yang lain yang bermain dan mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa dan kelurga mereka. Hal ini kerana, sejak kecil atau ketika bayi, mereka sudah kehilangan ibu atau bapa atau saudara mara mereka akibat peperangan yang banyak mengorbankan nyawa malah memusnahkan tempat tinggal mereka untuk berteduh. Berikanlah mereka peluang untuk menikmati kehidupan mereka dengan aman dan mencipta sejarah atau kenangan mereka ketika mereka masih kecil sebagaimana kanak-kanak yang lain.

Sabtu, 17 Oktober 2015

Anak Angkat: Pernahkah kita mendengar De Facto? De Facto merupa...

Anak Angkat: Pernahkah kita mendengar De Facto? De Facto merupa...: Pernahkah kita mendengar De Facto? De Facto merupakan seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan didi...

Isnin, 5 Oktober 2015

Pernahkah kita mendengar De Facto? De Facto merupakan seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh mana-mana orang atau mana-mana pasangan suami isteri bersama tidak kurang dari dua tahun. Salah satu keperluan penting bagi permohonan pengangkatan adalah sijil kelahiran. Seandainya kanak-kanak lahir di negara ini, tetapi tidak mempunyai sijil kelahiran, permohonan daftar lewat kelahiran hendaklah dibuat terlebih dahulu. Bagi mana-mana individu atau pasangan suami isteri yang ingin mengambil anak angkat, mereka perlu tahu bahawa had umur kanak-kanak yang boleh dianakangkatkan adalah dibawah umur 18 tahun. Syarat umur bagi ibu atau bapa angkat pula yang ingin mengambil anak angkat mestilah berumur 25 tahun ke atas. Berbeza pula dengan ibu bapa angkat yang mempunyai tali persaudaraan dengan ibu bapa kandung kanak-kanak tersebut perlulah berumur 21 tahun ke atas.




Hak Sebagai Anak Angkat

Setiap anak yang lahir ke dunia mempunyai hak tersendiri. Salah satu hak yang penting yang telah diperuntukkan ialah hak untuk mendapat nafkah. 

Menurut Seksyen 72(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan kewajipan menanggung nafkah anaknya. 

Berdasarkan Seksyen 78 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984  Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga :

(1) Jika seseorang lelaki telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang ahli keluarganya, maka adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah kanak-kanak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Kewajipan yang dipertanggungkan oleh subseksyen (1) hendaklah terhenti jika kanak-kanak itu dibawa balik oleh bapa atau ibunya.
[Pin. Akta A902:s.24]

(3) Apa-apa wang yang dibelanjakan oleh seseorang lelaki pada menanggung nafkah seseorang kanak-kanak sebagaimana dikehendaki oleh subseksyen (1) boleh dituntut daripada bapa atau ibu kanak-kanak itu.


[Pin. Akta A902:s.24]








                                                       "You Raise Me Up"

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

[Instrumental break]

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.





Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang telah dibesarkan dengan kasih sayang. Lagu ini juga diibaratkan seorang kanak-kanak mengalami waktu sukar, mereka telah dibimbing dan dilindungi oleh seorang bernama ayah atau ibu. Setiap kanak-kanak yang membesar, mereka perlukan perhatian, perlindungan dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Jika mereka dididik dan dipimpin ke arah kebaikan, maka mereka akan menjadi insan yang baik. Namun, jika mereka tidak diasuh mengikut acuan yang sebaiknya, maka ini akan membawa implikasi yang buruk. Kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia ini janganlah diabaikan walau siapapun mereka kerana merekalah penyambung generasi kita. Mereka ini diibaratkan sebuah permata yang amat bernilai. Sayangilah kanak-kanak walaupun mereka bukan dari darah daging kita kerana mereka juga insan yang mempunyai fitrah seperti kita.