Jumaat, 25 Disember 2015



Bagi pandangan saya, lirik lagu ini menceritakan tentang seseorang kanak-kanak yang ingin bebas. Dia tidak mahu dipertanggungjawabkan dengan apa-apa tugasan yang berat yang sepatutnya di pikul oleh orang dewasa. Bagi saya, ianya benar kerana seorang kanak-kanak perlu menikmati alam kanak-kanak mereka dengan sebaiknya bukannya di dera oleh orang dewasa atau dipaksa untuk memikul beban yang lebih berat. Memadai jika sekadar menolong, tetapi bukan disuruh untuk bekerja sehingga mengabaikan hal-hal yang lain yang lebih penting.

Begitu juga nasib kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam peperangan atau akibat keganasan politik. Mereka berhak menikmati keindahan zaman kanak-kanak sepertimana kanak-kanak yang lain yang bermain dan mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa dan kelurga mereka. Hal ini kerana, sejak kecil atau ketika bayi, mereka sudah kehilangan ibu atau bapa atau saudara mara mereka akibat peperangan yang banyak mengorbankan nyawa malah memusnahkan tempat tinggal mereka untuk berteduh. Berikanlah mereka peluang untuk menikmati kehidupan mereka dengan aman dan mencipta sejarah atau kenangan mereka ketika mereka masih kecil sebagaimana kanak-kanak yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan